fbpx

KKM pertimbang jadi penaja bersama persidangan berprofil tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Dzulkefly menerima kunjungan MAEH di Ibu Pejabat KKM

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik cadangan Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) agar Malaysia mempertimbangkan peranan sebagai negara penaja bersama bagi sebuah sidang sampingan berprofil tinggi di New York, September ini.

Menterinya, Datuk Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan itu disampaikan semasa beliau menerima kunjungan hormat daripada MAEH di Ibu Pejabat KKM, Putrajaya semalam.

Beliau berkata, persidangan tersebut bertemakan “Indoor Air Quality – Urgent Action Required!” yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

“Pertemuan ini menjadi wadah penting untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan kesihatan persekitaran termasuk kualiti udara dalam dan luar bangunan, perubahan iklim, serta ancaman kepada kesihatan awam yang kian meruncing akibat pencemaran udara,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada semua delegasi MAEH yang hadir dan berkongsi pandangan yang membina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI