fbpx

‘Rider’ sepenuh masa tinggal di rumah RM1.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFIQ pernah memperoleh pendapatan hamper RM20,000. - Foto Tangkap Layar/YouTube/Ringgit & Dollars

SINGAPURA – Walaupun kehidupan mewah mungkin tidak dapat dicapai oleh ramai orang di Singapura, seorang penghantar makanan menemui cara untuk mengumpul wang secara konsisten, lapor laman berita Asiaone hari ini.

Menurut Afiq Zayany, dia memperoleh pendapatan sekitar SG$4,000 (RM13,300) hingga SG$6,000 (RM19,900) sebulan.

Ia membolehkan dia tinggal di sebuah rumah dua tingkat di Johor Bahru yang bernilai kira-kira SG$424,600 (RM1.4 juta).

“Anda mahukan bukti? Saya akan berikan anda bukti,” kata Afiq dalam video di YouTube, Ringgit & Dollars.

Berdasarkan tangkap layar pendapatan untuk minggu pertama bulan Jun dalam aplikasi Grab, Afiq berkata, dia memperoleh kira-kira SG$200 (RM660) sehari di Singapura.

Rakyat Singapura itu berkata, dia menggunakan skuter Yamaha XMax ketika melakukan tugas. 

“Saya bekerja setiap hari. Jangan ambil cuti, melainkan perlu.

“Kenapa saya mahu mengambil cuti sehari sedangkan saya tidak membuat apa-apa pekerjaan lain?” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI