fbpx

Aksi bahaya wanita cuci tingkap kondo resahkan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita yang berani mengelap tingkap di tingkat tinggi. - Foto Stomp

SINGAPURA – Seorang wanita dirakam melakukan aksi berbahaya dengan duduk di birai untuk membersihkan tingkap sebuah unit kondominium aras tinggi di Singapura, lapor laman berita Stomp hari ini.

Seorang pengguna media sosial melihat wanita itu mengelap tingkap pada pukul 12.50 tengah hari (waktu tempatan) semalam.

“Saya sangat risau melihat dia.

“Sama ada dia ialah seorang amah atau pemilik unit, ia adalah tindakan yang sangat berbahaya,” katanya.

Pengguna tersebut berkongsi video yang memaparkan wanita itu mengelap bahagian luar tingkap dengan kakinya diletakkan di atas birai.

“Jika anda ingin membersihkan bangunan bertingkat seperti ini, gunakan kayu panjang dan bersihkan apa sahaja yang anda boleh capai,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI