fbpx

[VIDEO] ‘Lelaki akan okey, kecuali demam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan aksi seorang lelaki yang sempat merakam dirinya selepas kemalangan motosikal.

PETALING JAYA – Aksi seorang lelaki yang sempat merakam sendiri detik dirinya terlibat dalam kemalangan motosikal mendapat perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran di Facebook, lelaki itu kelihatan sedang terbaring atas jalan sambil menunggu ketibaan ambulans selain turut merakam suasana dalam kenderaan tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke hospital.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagatnya yang masih mampu merakam video meskipun sedang menahan kesakitan.

“Tak apa, lelaki akan okey kecuali demam,” tulis Nur Khairunnisa.

“Jangan demam saja, kalau patah tulang, lelaki okey,” seloroh Cik Waniey.

“Asalkan jangan demam. Masa itu ingat semua dosa macam minta semua ahli keluarga datang (ziarah),” kata Mohd Kuzairey. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI