fbpx

Rakyat Thailand terima ‘PM sehari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Suriya Jungrungreangkit bersama Paetongtarn Shinawatra (kanan). - Foto AFP

BANGKOK – Pemangku perdana menteri Thailand dilantik menerajui negara itu cuma untuk tempoh sehari, hari ini bagi menggantikan Paetongtarn Shinawatra yang digantung tugas oleh Mahkamah Perlembagaan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan, Suriya Jungrungreangkit bertugas sepanjang hari ini dengan menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-93 penubuhan Pejabat Perdana Menteri di Bangkok.

Suriya ditetapkan untuk mengetuai kerajaan selama kurang 93 jam ketika Thailand bergelut dengan krisis politik susulan penggantungan Paetongtarn.

Semasa majlis ringkas yang dibuka kepada media, Suriya enggan menjawab pertanyaan mengenai perasaannya tentang kepimpinan beliau yang tidak kekal sebagai pemangku perdana menteri.

Beliau berkata, urusannya yang paling mendesak adalah menandatangani dokumen bagi memastikan peralihan yang lancar kepada penggantinya esok.

Petang semalam, Mahkamah Perlembagaan berkata, terdapat sebab yang mencukupi untuk mengesyaki Paetongtarn melanggar etika perdana menteri dalam krisis diplomatik dengan Kemboja.

Ia kemudian menggantung Paetongtarn sementara, bagi menunggu siasatan yang mungkin berlangsung beberapa bulan.

Paetongtarn yang berusia 38 tahun, ialah anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Tempoh Suriya, 70,  sebagai pemangku perdana menteri akan berakhir dengan rombakan kabinet yang telah pun ditetapkan sebelum tugas Paetongtarn digantung oleh mahkamah semalam.

Dalam rombakan itu, bakal Menteri Dalam Negeri, Phumtham Wechayachai akan menjadi timbalan perdana menteri yang kedudukannya lebih tinggi daripada Suriya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI