fbpx

Penumpang bas di Selangor patuh arahan pakai tali pinggang keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azrin ketika meninjau pemeriksaan Ops Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil (arah utara), hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

DENGKIL- Pematuhan pemakaian tali pinggang keledar oleh penumpang bas ekspres dan persiaran di Selangor dilihat memberangsangkan apabila tiada saman dikeluarkan kepada penumpang atau pemandu bas setakat ini.

Ia terbukti hasil pemeriksaan menerusi Ops Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor sejak semalam.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, sejak semalam, pihaknya telah memeriksa 56 buah bas termasuk persiaran dan ekspres dan kesemua penumpang mematuhi peraturan ditetapkan itu.

“Pegawai penguatkuasa kami akan menjalankan pemeriksaan secara rawak bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan pemakaian tali pinggang keledar oleh penumpang dan pemandu.

“Sehubungan itu, JPJ Selangor menyeru kepada semua pengusaha bas dan pemandu untuk memastikan semua kemudahan tali pinggang keledar berada dalam keadaan baik dan berfungsi.

“Malah, penumpang juga perlu sentiasa mengingatkan penumpang untuk sentiasa memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau operasi pematuhan itu di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil (arah utara) di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI