fbpx

Tinggal Honda City atas Jambatan Kedua P.Pinang sebelum ‘hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Honda City yang ditinggalkan mangsa di KM14.0 Jambatan Kedua Pulau Pinang, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki bertindak meninggalkan kereta miliknya jenis Honda City di Kilometer 14.0 Jambatan Kedua Pulau Pinang, menghala ke Batu Kawan dekat sini, sebelum dia dipercayai terjatuh ke laut, pagi tadi.

Mangsa, Wong Kah Wai, 33, sehingga kini masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan dari pasukan Maritim Malaysia berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.23 pagi tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Bagan Jermal.

“Tindakan operasi mencari dan menyelamat dikoordinasi oleh pihak Maritim Malaysia dengan kekuatan logistik sebuah bot termasuk dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis marin dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kawasan pencarian juga dilakukan di sekitar lokasi mangsa dipercayai terjatuh dengan kaedah pencarian secara ‘Water Surface SearchinG’ dan telah dibahagikan kepada empat sektor,” katanya di sini, sebentar tadi.

Jelasnya lagi, mangsa telah meninggalkan sebuah kereta jenis Honda City di tepi jalan Jambatan Kedua Pulau Pinang,” ujarnya operasi pencarian mangsa masih dijalankan ketika ini.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI