fbpx

Jiran terbau busuk, jumpa mayat tiga beranak mereput dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat tiga beranak ditemui dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban semalam. FOTO NOR SHAFAWATI YUP/ KOSMO!

SEREMBAN – Bau busuk membawa kepada penemuan mayat tiga beranak yang sedang mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, sejurus menerima maklumat, Ketua Balai Polis Jalan Campbell bersama pihak bomba bergerak ke lokasi serta bertindak memotong mangga pagar rumah.

“Ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam bilik tidur, mereka merupakan ahli keluarga iaitu bapa berusia 61 tahun, ibu 59 tahun dan anak lelaki 30 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superitendan Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7707282 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 06-6033222.

Sementara itu, seorang jiran memberitahu, kali terakhir menemui salah seorang mangsa pada Jumaat lalu.

“Jumaat lepas mangsa datang ke rumah saya untuk memberi makan anjing. Selepas itu saya tidak nampak dia lagi. Saya sangka mereka tiada di rumah atau keluar.

“Petang tadi (semalam), jiran sebelah rumah mangsa telah menghubungi polis selepas menghidu bau busuk dari rumah tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI