fbpx

Public Mutual umum agihan kasar bernilai RM109 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Public Bank melalui anak syarikatnya, Public Mutual mengumumkan pengagihan kasar untuk lima dananya dengan nilai sebanyak RM109 juta.

Menurut kenyataan, agihan kasar bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun itu adalah untuk Dana PB Fixed Income Fund (PB Dana Pendapatan Tetap) bernilai 5.50 sen seunit, PB Infrastructure Bond Fund (PB Dana Bon Infrastruktur) sebanyak 5.50 sen seunit dan PB Islamic Bond Fund (PB Dana Bon Islamik) menawarkan agihan kasar sebanyak 5.50 sen seunit.

Selain itu, Public Institutional Bond Fund (Public Dana Bon Institusi) memberikan agihan kasar sebanyak 0.90 sen seunit dan Public Islamic Savings Fund (Public Dana Simpanan Islamik) memberi nilai sebanyak 0.10 sen seunit.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan lebih daripada 180 dana. 

Ia juga penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana PRS. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI