JIKA dahulu, dia hanyalah remaja biasa yang menghabiskan masa lapangnya bermain Mobile Legends di telefon pintar. Kini, suaranya menjadi antara yang paling dikenali dalam arena e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) tempatan, menyemarakkan semangat penonton dengan analisis tajam, celoteh penuh tenaga dan ulasan yang mencetuskan adrenalin setiap kali wira-wira bertempur di Land of Dawn. Perjalanan menjadi caster e-sukan bukanlah semudah yang disangka, namun Putra Ammar Qayyim Zulaadi membuktikan bahawa dengan minat mendalam, kerja keras dan kefahaman mendalam tentang permainan, sesiapa……