fbpx

GRO kena rasuk beramai-ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan detik cemas ketika kejadian. - Instagram

JAKARTA – Sejumlah gadis pelayan pelanggan (GRO) mengalami kerasukan beramai-ramai pada lewat malam Jumaat lalu ketika bekerja di sebuah hotel di Jakarta Tengah, lapor laman berita VOI hari ini.

Berdasarkan sebuah video tular, kumpulan wanita itu dilihat menjerit-jerit dengan ada yang terbaring di atas lantai dan pitam ketika sebilangan yang lain cuba menenangkan mangsa.

Menurut seorang sumber, kejadian itu melibatkan pekerja yang berada di tingkat dua hotel berkenaan.

“Suasana kecoh. Beberapa mangsa dibawa pergi dari situ kerana keadaan di luar kawalan,” katanya.

Setakat ini, tiada penjelasan diberikan mengenai punca keadaan itu, namun sebilangan pihak mengaitkannya dengan peristiwa malam 1 Suro pada tarikh tersebut.

“Malam 1 Suro adalah malam keramat mengikut kepercayaan Jawa yang dipercayai mengandungi tenaga ghaib dan terdedah kepada gangguan ghaib,” kata seorang sumber. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI