fbpx

Rider maut rempuh belakang bas ekspres rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penunggang motosikal maut selepas merempuh belakang sebuah bas yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 18.3 di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, Kulai semalam.

KULAI – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar sebuah bas yang berhenti di lorong kecemasan selepas mengalami kerosakan di Kilometer 18.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 tengah hari itu, mangsa berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu bas berusia 38 memberhentikan bas jenis Scania di lorong kecemasan setelah mengalami masalah enjin.

“Mangsa dipercayai tidak menyedari bas tersebut sedang berhenti menyebabkannya terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.

“Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa katanya, dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini bagi proses bedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 017-7573507 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kulai, bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI