fbpx

Xiaomi terima 300,000 tempahan sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model YU7 dipamerkan semasa majlis pelancaran di Beijing, 22 Mei lalu. - AFP

BEIJING – Pengeluar kenderaan elektrik China, Xiaomi menerima hampir 300,000 tempahan awal dalam masa cuma sejam bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya dalam apa yang disifatkan sebagai detik ajaib industri berkenaan, lapor laman berita VNExpress semalam.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lei Jun berkata, beliau terkejut dengan reaksi begitu memberangsangkan daripada pelanggan.

“Dalam masa dua minit sahaja, kami menerima 196,000 tempahan awal berbayar dan 128,000 pesanan keutamaan,” kata Lei dalam klip video disiarkan selepas pelancaran kenderaan itu Khamis lalu.

“Kami mungkin menyaksikan keajaiban dalam industri automotif China,” tambahnya.

Jabatan kenderaan elektrik (EV) Xiaomi  kemudian menyatakan dalam  akaun Weibo rasminya  bahawa 289,000 pesanan awal diterima untuk model YU7 dengan lima tempat duduk dalam masa sejam pertama pelancarannya.

Kenderaan itu dijual pada harga bermula dari 253,500 yuan (RM149,200).

Sementara itu, saham Xiaomi yang tersenarai di bursa saham Hong Kong melonjak 8 peratus sebelum ia ditutup pada rekod tertinggi.

Gergasi teknologi komersial berpangkalan di Beijing itu membuat penerokaan pertama dalam segmen pembuatan kereta dengan model SU7 jenis EV tahun lepas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI