fbpx

Daud ditemui selamat selepas 6 jam sesat dalam dusun durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika menjalankan operasi mencari mangsa yang hilang di dusun durian di Changkat Sungai Ara 2, petang semalam.

GEORGE TOWN – Warga emas yang dilaporkan hilang ketika mencari durian di dusun yang terletak di Changkat Sungai Ara 2 di sini, petang semalam ditemui selamat, lewat malam tadi.

Mangsa, Daud, 65, dikatakan turun sendiri di kaki bukit berhampiran Flat Sri Merpati, Bayan Lepas sebelum ditemui orang awam di sebuah pondok pengawal di kawasan perumahan berkenaan, kira-kira pukul 12 tengah malam.

Dia kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Lepas untuk diambil keterangan, sebelum pulang ke rumah. Difahamkan, tempoh perjalanan dari lokasi dia hilang sekiranya menggunakan laluan bukit mengambil masa kira-kira dua hingga tiga jam.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki gagal ditemui selepas keluar mencari durian di dusun di Sungai Ara, semalam. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima laporan kehilangannya pada pukul 6.04 petang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hilang melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru bersama anggota polis dan AngkatanPertahanan Awam Malaysia (APM) sehingga pukul 9 malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI