fbpx

’10km je tapi kena hadap lima jam di Cameron Highlands’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran yang dimuat naik pengguna tersebut di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – Seorang pengguna berkongsikan pengalaman menempuh kesesakan jalan yang teruk ketika bercuti di Cameron Highlands, Pahang hari ini.

Menerusi hantaran @syed.09469, dia berkongsi gambar kesesakan sepanjang 10 kilometer yang mengambil masa lima jam untuk sampai ke sekitar kawasan peranginan itu.

Difahamkan rata-rata pengunjung ingin menuju ke Kea Farm sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa sehingga berjam-jam lamanya.

Sehingga kini, hantaran tersebut mendapat lebih 67,500 tontonan, 1,186 tanda suka dan 498 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mendapati situasi itu agak biasa bagi pengunjung ke Cameron Highlands lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah.

“Musim gaji tambah musim cuti.. memang sangat sesaklah jalan. Bertabahlah,” komen Kalsom.

“Dari dulu sampai sekarang pun masalah sama je. Tapi orang masih pergi sana. Enjoy jelah bukan selalu,” komen Miqa.

“Kita dah serik dah sangkut jem. Jadi kalau nak pergi memang pilih tarikh yang betul-betul orang tak pergi. Insha Allah kereta banyak tapi tenang je nak berjalan,” komen Ayyash pula. –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI