fbpx

Anak tumbuk bapa dipenjara 8 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menumbuk bapanya sehingga mendatangkan kecederaan di kepala. - Unsplash/Canva

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura dijatuhi hukuman penjara lapan minggu selepas didapati bersalah menumbuk kepala bapanya sehingga mendatangkan kecederaan, lapor laman berita Must Share News semalam.

Insiden berlaku pada 7 Januari lalu apabila tertuduh yang berusia 43 tahun, meletakkan barangan yang tidak dinyatakan di dalam bilik bapanya.

Tindakannya itu bagaimanapun dihalang bapanya yang turut mengugut untuk membuang barangan tersebut.

Pertengkaran antara dua beranak itu memuncak apabila tertuduh melepaskan satu tumbukan tepat ke arah kepala mangsa.

Warga emas itu cuba membalas, namun pukulannya dapat dihalang oleh tertuduh.

Pergaduhan itu reda selepas anak lelaki tertuduh campur tangan.

Akibat serangan itu, mangsa terpaksa mendapatkan rawatan di hospital, di mana dia menerima jahitan akibat  luka di kepala.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak SG$10,000 (RM 33,000) dan mengarahkan tertuduh untuk menyerah diri di Mahkamah Negeri pada 3 Julai ini bagi memulakan hukuman penjara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI