fbpx

‘Tengok leher ayam itu, terus waswas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan ayam mentah yang dijual di pasar raya tersebut.

PETALING JAYA – Seorang individu meluahkan rasa curiga ketika membeli ayam segar di sebuah pasar raya selepas melihat keadaan haiwan itu yang diragui status penyembelihannya.

Menerusi satu klip video di TikTok, individu tersebut berkongsi kekeliruannya apabila melihat ayam tersebut sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna.

“Nak tanya, ayam ini sembelih ke tidak ni,” tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai netizen turut meluahkan keraguan terhadap ayam yang dijual di pasar raya terbabit.

“Aku dah lama tak percaya nak beli ayam dekat pasar raya ini,” kata Tiarah Fatihah.

“Ya, saya dahulu rajin beli di pasar raya ni. Tengok leher ayam tu, terus waswas. Sampai sekarang tak pernah beli lagi,” komen Nazariah Haron.

“Kalau dah meragukan, janganlah beli dekat situ. Asal murah saja, berebut nak beli. Biar keluar modal lebih asalkan halal,” ujar Suhaimi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI