fbpx

KPT teliti penggunaan bas persiaran sewaan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (dua dari kiri) memeluk bapa Nurly Shahirah, Azman Mohamed sewaktu menziarahi rumah keluarga itu di Kampung Gong Pasir, Besut hari ini.

BESUT – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti cadangan berkaitan penggunaan bas persiaran disewa oleh pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya bagi perjalanan pada waktu malam.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihak universiti perlu memainkan peranan proaktif memantau rapi terhadap pelajar-pelajar yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Beliau berkata, KPT telah meminta semua pengurusan universiti agar mewujudkan komunikasi berterusan dengan langkah-langkah sesuai bagi memantau pelajar mereka yang menggunakan perkhidmatan sewaan bas persiaran untuk pulang ke kampus dan kampung masing-masing.

“Kita mengambil maklum segala pandangan, termasuk yang dikemukakan menerusi media sosial, supaya kejadian tidak diingini tidak berulang. Kementerian tidak akan mengambil masa lama untuk menyelesaikan isu melibatkan keselamatan pelajar, terutama jika melibatkan kematian seperti yang telah berlaku,” katanya di Kampung Gong Pasir di sini hari ini.

Zambry berkata, kerajaan melalui KPT telah mengumpulkan peruntukan sebanyak RM1.7 juta hasil sumbangan pelbagai pihak sebagai sumbangan awal kepada kesemua 42 mangsa nahas.

Terdahulu, beliau menziarahi keluarga Allahyarham Nurly Sahirah Azman yang merupakan antara mangsa terkorban dalam insiden bas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak pada 9 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI