fbpx

[VIDEO] ‘Main rembat saja kucing itu, tak tanya dulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki mengambil kucing tersebut dan terus membawanya keluar.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang dipercayai dengan selamba mengambil seekor kucing peliharaan mengundang kemarahan orang ramai selepas rakamannya tular semalam dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Menerusi satu perkongsian di TikTok oleh Frize yang juga pemilik kucing itu, dia merayu agar haiwan kesayangannya itu dipulangkan semula.

“Tolong pulangkan balik kucing itu,” tulisnya dalam video berkenaan.

Dalam perkongsian video tersebut menunjukkan lelaki terbabit terus mengangkat kucing tersebut yang sedang duduk di depan pintu masuk dan membawanya terus keluar selepas selesai membayar minuman di kaunter.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan lelaki terbabit yang didakwa mengambil kucing itu tanpa bertanya terlebih dahulu.

“Kalau kucing itu cantik, bersih mestilah ada orang jaga dia. Kenapalah main ambil je,” kata Qiesss.

“Aku kalau kucing elok macam itu, memang aku tak berani nak ambil sebab kita tengok pun tahu mesti ada yang jaga dia,” ujar seorang pengguna.

“Main rembat saja kucing itu, tak tanya dulu,” kata Dee. – KOSMO! ONLINE

@frizeeeee

Location : Petronas Rengit Time : 23:15 Kereta : VIOS BIRU JMH6*** TOLONG VIRALKAN THIS ISTG PLS HELP ME ..

♬ get me out of the flop guys pleaseee please – jj

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI