fbpx

‘Kongsi ramen sudah, kongsi hidup saja belum’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan Bella dan Syed Saddiq ketika sama-sama berada di Korea Selatan untuk kerjasama baru-baru ini.

BERITA Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) disambut Bella Astillah dengan air mata kesyukuran.

Turut berada di Putrajaya, Rabu lalu, kehadiran penyanyi dan pelakon terbabit memberikan sokongan menggandakan lagi spekulasi hubungan mereka.

Ramai penyokong tegar pasangan ini berharap berita gembira tersebut melorongkan lagi mereka ke arah fasa seterusnya iaitu perkahwinan.

Diva pun tumpang gembira kalau doa orang ramai dikabulkan sebab kalau tengok Bella antara individu yang setia di sisi ahli politik itu selain keluarganya.

Walaupun ketika ditanya media Syed Saddiq memaklumkan belum mempunyai perancangan untuk ke fasa selanjutnya, di sudut hatinya siapa tahu kan.

Terus Diva teringat usikan netizen sewaktu mereka berkongsi semangkuk ramen ketika diundang ke Korea Selatan sebagai duta satu jenama.

Seloroh peminat, pelbagai perkara dan aktiviti yang telah dilakukan mereka bersama-sama, cuma tunggu berkongsi kehidupan sahaja.

Diva: Respek dengan jawapan Bella yang memaklumkan tidak manis kalau dia yang bercakap hal jodoh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI