fbpx

[VIDEO] Wanita mengamuk, pak cik miang rakam gambar secara curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang didakwa merakam gambar wanita secara curi.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang didakwa merakam gambar seorang wanita tanpa kebenaran di Klang, Selangor mencetuskan kemarahan dan perhatian netizen di media sosial.

Perkongsian seorang pengguna di TikTok memaparkan, wanita berkenaan merakam lelaki terbabit sambil memarahi perbuatannya.

Wanita itu turut menceritakan lelaki terbabit dipercayai ‘menghala’ telefon bimbit ke arahnya sewaktu dia sedang membeli makanan.

“Aku baru lepas beli roti canai, selepas itu baru teringat nak beli roti di sebuah kedai tiba-tiba si tua gatal ini hala ‘phone’ (telefon bimbit) ke arah aku.

“Apabila lalu di belakang dia, perasan dia tengah tengok gambar aku!” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Katanya, dia sempat memeriksa galeri telefon lelaki tersebut dan menemui banyak gambar wanita lain dipercayai dirakam tanpa pengetahuan mereka.

“Banyak gila tau gambar perempuan dia ‘tangkap’. Aku mampu ‘delete’ (padam) semua yang ada dekat ‘recently delete’ (baru dipadam). Dekat album aku tak sempat nak ‘check’ (periksa),” ujarnya.

Difahamkan, lelaki itu turut dilihat sering merakam gambar guru tadika serta para ibu yang menghantar anak ke sebuah taska berhampiran, namun tiada siapa yang berani menegurnya sebelum ini.

“Pak cik ini memang akan rakam gambar ‘teacher’ (guru) taska kawasan situ dengan mak budak yang hantar anak dekat taska itu, tetapi tiada siapa berani nak tegur orang tua ini,” tambahnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan berani wanita itu menegur lelaki terbabit di khalayak ramai dan mendedahkan wajahnya.

“Kita perlukan banyak perempuan yang berani bersuara macam ini kalau tak makin menjadi jadi dibuatnya,” komen Zana.

“Kita kena berani bersuara lantang macam ini tegur biar kuat sikit seperti ini, tengok macam mana dia berjalan laju sahaja, tak selamat sudah kita tegur ‘nicely’ (dengan sopan) sudah kena berani suara itu kena lantang,” kata Putih Hitam. -KOSMO! ONLINE

@azxbzcavsbsiapa jumpa pakcik ni tolong hempuk kepala otak dia . lokasi nasi kandar asik rantau panjang klang sorry lah eh kalau aku biadap , tapi orang tua ni lagi biadapp tau banyak gila gambar video perempuan dekat phone dia !! aku baru je lepas beli roti canai , lepastu baru teringat nak beli roti dekat kinta tiba tiba si tua gatal ni hala phone dia ke arah aku . bila aku lalu belakang dia aku perasan dia tengah tengok gambar akuu !! terus aku marah si tua ni lepastu check phone dia suruh delete !! banyak gila tau gambar perempuan dia tangkap . aku mampu delete semua yanga ada dekat recently delete dia je yang dekat album aku tak dan nak check weh menggigil aku nak hempuk kepala si tua gatal ni ! bila aku ugut dia nak buat report polis terus dia blah eh memang biadap orang tua gatal ni !! hati hati la perempuan yang suka jalan sorang kat luar sana . sebelum post ni memang aku dah jerit depan muka dia aku nak viralkan diaa . kurang ajar betulll buat malu anak bini kau jelah pakcik !! silap orang lah kau nak tangkap tangkap gambar akuu !!! jijik betul perangai rumah kata pergi , kubur kata mariii !

♬ original sound – user

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI