fbpx

Laporan penuh letupan Putra Heights, Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA rumah di Putra Heights, Subang Jaya yang rosak susulan letupan paip gas pada 1 April lalu. – Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

SABAK BERNAM – Laporan penuh insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini akan diumumkan Isnin ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia merangkumi laporan teknikal dan jenayah yang merupakan fokus siasatan kes itu sebelum ini.

Katanya, pelaporan penuh secara bertulis juga telah berjaya disiapkan semalam.

“Laporan sudah siap semalam termasuk pelaporan secara bertulis. Tetapi masa agak tersekat ada cuti Awal Muharram.

“Saya dimaklumkan jawatankuasa tetap (komuniti pengendali insiden itu) akan membentangkan pada Isnin ini. Kita rasa kalau semalam kita bentangkan adalah cuti umum dan sebagainya, jadi kita buat pada hari Isnin,” katanya kepada pemberita selepas peluncuran pembangunan fasa pertama Kompleks Pendaratan Hasil Laut Sekinchan, di sini hari ini.

Tegasnya, laporan penuh tersebut akan dibentangkan kepada kabinet sebelum didedahkan kepada umum.

“Itu janjinya dan kita akan laksanakan ikut proses. Bila siap akan bentangkan dapatan-dapatanya. Dua aspek sama ada jenayah dan teknikal,” jelasnya.

Terdahulu, tragedi letupan yang berlaku kira-kira pukul 8.10 pagi pada 1 April yang merupakan Hari Raya Aidilfitri kedua itu telah menjejaskan seramai 529 penduduk daripada 118 keluarga.

Sejumlah 235 premis termasuk rumah dan kedai terjejas dengan 87 unit musnah sepenuhnya.

Selain itu sebanyak 225 buah kenderaan pula mengalami kerosakan. Kejadian menyebabkan seramai 126 individu cedera termasuk ada dirawat di unit rawatan rapi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI