fbpx

Lelaki tercekik bakso, nasib baik ada ‘abang bomba’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota-anggota bomba cuba mengeluarkan bebola daging yang ditelan mangsa. - Lambe Turah

JAKARTA – Seorang lelaki di Bogor, wilayah Jawa Barat berdepan detik cemas apabila dia tercekik bakso atau bebola daging ketika seronok berbual dengan rakannya, lapor portal berita Lambe Turah semalam. 

Kejadian berlaku di kantin Jabatan Penduduk dan Pendaftaran Awam. 

Jurucakap Jabatan Bomba Bogor dikenali sebagai Rusdi berkata, mereka bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai pengunjung yang tercekik bakso. 

“Tiba di lokasi, kami terus menyelamatkan lelaki terbabit dengan memasukkan jari ke dalam mulutnya. 

“Cara itu dilakukan supaya dia berasa mual dan muntah. 

“Bebola daging yang dikeluarkan bukan separuh, tetapi sebiji. Operasi menyelamat mengambil masa selama kurang tiga minit,” tambah Rusdi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN