fbpx

[VIDEO] ‘Ini manusia akhir zaman, orang buat ibadat pun dihalau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pak cik yang singgah menunaikan solat di sebuah surau diminta beredar oleh ahli jawatankuasa surau berkenaan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita menegur seorang jemaah lelaki yang sedang beribadah di sebuah surau di kawasan perumahan mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran oleh pemilik akaun @talam824, tindakan wanita yang juga ahli jawatankuasa surau itu meminta jemaah beredar walaupun hanya hadir untuk solat disifatkan tidak wajar dan bertentangan dengan peranan surau sebagai tempat ibadah untuk semua umat islam.

“Patut ke meminta seorang pak cik yang datang hanya untuk solat untuk keluar daripada surau yang terletak di dalam kawasan perumahan ini dengan alasan tersebut?,” katanya.

Dalam pada itu, alasan daripada tindakan wanita itu dipercayai dibuat berikutan kes kecurian yang berlaku di surau tersebut baru-baru ini.

Tambahnya, pak cik berkenaan diminta beredar atas alasan penjimatan elektrik memandangkan surau itu merupakan harta bersama penduduk.

“Ini adalah harta bersama penduduk, mereka membayar maintenance (penyelenggaraan). Kalau boleh, kita nak kunci surau,” kata wanita itu kepada jemaah yang hadir untuk beribadah di surau tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai kurang bersetuju dengan cara pendekatan wanita tersebut.

“Ini manusia akhir zaman. Orang nak buat ibadah pun dihalau. Macam mana orang nak suka datang masjid atau surau?,” komen @onetakeshi.

“Patutnya kena rasa bersyukur ada orang yg ‘hidupkan’ lagi surau tu,” kata @farhana.

“Harta bersama untuk pahala, segannya nak usir tetamu Allah,” kata @Isnatulatul. – KOSMO! ONLINE

@talam824 Apa pandangan orang tentang perkara yang dibuat oleh Chairman di Rimbayu Halaman11 . patut ke meminta seorang pakcik yang datang hanya untuk solat untuk keluar daripada surau yang terletak didalam kawasan perumahan rimbayu halaman11 ni dengan alasan tersebut. #ijmrimbayu #halaman11 #surau#suraurimbayuhalaman11 ♬ original sound – Talam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI