fbpx

[VIDEO] ‘Rider’ terpelanting, bergolek atas jalan dihimpit Triton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video rakaman papan pemuka menunjukkan rider terjatuh dihimpit Triton dalam kejadian di Jalan Skudai berhampiran Angsana Mall, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan luka teruk pada bahagian tangan dan kaki selepas terjatuh dari motosikal sejuruh terjatuh dihimpit trak pikap dalam kejadian di Jalan Skudai di hadapan pusat membeli-belah Angsana Mall di sini, semalam.

Insiden itu turut dirakam kamera papan pemuka (dashcam) pengguna jalan raya sebelum tular dilaman sosial.

Menerusi rakaman dashcam tersebut, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.32 pagi menunjukkan seorang penunggang motosikal yang berada di lorong kanan laluan tiga lorong tiba-tiba dihimpit sebuah Mitsubishi Triton.

Mangsa dilihat terpelanting jatuh ke tengah laluan dan pada masa yang sama Mitsubishi Triton tersebut melulu meninggalkan lokasi kejadian.

Susulan kejadian itu, mangsa, Mohd Taqwa Abu Hassan, 31, mengalami kecederaan luka teruk pada kedua belah tangan dari siku serta tapak tangan serta kedua-dua belah kaki.

Katanya yang bekerja sebagai seorang pemandu di Jabatan Agama Islam negeri Johor, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari tempat kerja ke bengkel untuk mendapatkan barang kerja yang berada di dalam kenderaan yang dihantar untuk dibaiki.

“Saya nak pergi bengkel di Taman Sri Yaakob untuk ambil buku dan barang kerja yang ada dalam kenderaan. Kenderaan dihantar ke bengkel semalam.

“Semasa melalui jalan itu, saya tiba-tiba dihimpit sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaku warga tempatan.

“Katanya dia tergesa-gesa nak ke klinik sebab ibunya sakit. Dia patah balik sebab ada orang kejar dia dan ada keluarga dia membantu uruskan saya ke klinik dan buat laporan polis,”katanya.

Mohd Taqwa berkata, dia tampil membuat laporan di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI