fbpx

‘Kami sempat bertemu beberapa hari lalu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Allahyarham Muhamad Nur.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkesan dengan pemergian sahabat karibnya, Allahyarham Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty yang merupakan individu aktif dalam lapangan pemikiran agama, pendidikan dan intelektual.

Anwar menerusi hantaran Facebook berkata, beliau sempat bertemu allahyarham yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) beberapa hari lalu.

“Saya telah dikejutkan dengan pemergian sahabat karib saya yang baru sahaja menyahut panggilan ilahi.

“Almarhum merupakan mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), selain bergerak sangat aktif di lapangan pemikiran agama, pendidikan dan intelektual serta keadilan.

“Saya terkesan dan sangat sedih dengan pemergian beliau tatkala kami sempat ketemu beberapa hari yang lalu,” katanya hari ini.

Perdana Menteri turut mendoakan roh beliau diberi keampunan oleh Yang Maha Esa dan diberi tempat bersama para syuhada, serta keluarganya diberi kekuatan, kecekalan, dan ketabahan olehNya.

Media melaporkan, Allahyarham Muhammad Nur, 76, meninggal dunia pada 11.27 pagi tadi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Jenazahnya akan disolatkan di Masjid Al-Umm, Bangi selepas solat asar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi.
Allahyarham dilantik sebagai Pengerusi IKIM pada 8 Mei 2023 dan sebelum itu pernah memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 1 Oktober 2018 hingga 30 September 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI