fbpx

Tiga maut di Senawang: Keputusan representasi 13 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH ketika dibawa ke mahkamah hari ini.

SEREMBAN – Mahkamah Majistret Seremban hari ini menetapkan 13 Ogos depan sebagai tarikh keputusan representasi seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga remaja dalam kemalangan di Senawang, Mac lalu.

Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah membuat keputusan itu selepas peguam bela Johan Radzi memaklumkan bahawa pihaknya telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 17 Jun namun belum menerima jawapan.

Mengikut pertuduhan, remaja terbabit didakwa memandu kenderaan jenis Honda Jazz secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15; Muhammad Aswari Lotpi, 16; dan Aisar Azim Abdullah, 17.

Kedua-dua kesalahan dilakukan kira-kira jam 8.30 malam di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, pada 6 Mac lalu.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tertuduh juga berdepan pertuduhan memandu tanpa lesen, mengikut Seksyen 26(1) akta sama.

Sementara itu, mahkamah sama menetapkan 14 Januari 2026 bagi perbicaraan terhadap ibu kepada tertuduh, Nur Farahidayah A Rahman, 40, yang juga pemilik Honda Jazz terbabit.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan seorang remaja memandu tanpa lesen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI