fbpx

‘Semoga keadilan untuk Maniishapriet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy meluangkan masa menziarahi kelurga mendiang Maniishapriet, iaitu penuntut sebuah universiti swasta di Cyberjaya yang ditemui maut dipercayai dibunuh.

PETALING JAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berharap siasatan dijalankan dengan telus dan berintegriti agar keadilan dapat ditegakkan terhadap kematian seorang penuntut sebuah universiti swasta di Cyberjaya yang dipercayai dibunuh.

Menerusi hantaran Facebook hari ini, Nancy meluangkan masa menziarahi keluarga mendiang Maniishapriet Kaur Akhara, 20, sebelum upacara keagamaan berkaitan pembakaran mayat dilakukan di Kuala Lumpur.

“Pagi ini saya berkesempatan menziarahi keluarga mangsa kejadian tragis di Mutiara Ville, Cyberjaya sebelum bertolak ke Putrajaya. Sempat saya luangkan masa untuk berbual dengan keluarga mangsa.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang Maniishapriet Kaur Akhara atas kehilangan yang amat mendukacitakan ini. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dugaan ini,” katanya hari ini.

Beliau turut mendoakan agar segala urusan keluarga mangsa dipermudah.

Kosmo! Online melaporkan, seorang penuntut wanita sebuah universiti swasta di Cyberjaya ditemui maut dalam rumahnya dipercayai dibunuh pagi kelmarin.

Mangsa yang berasal dari Sarawak ditemui maut oleh rakan serumah dengan kesan kecederaan di kepala kira-kira pukul 10.28 pagi di Mutiara Ville, Cyberjaya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dilaporkan berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati, tidak terdapat sebarang kesan pecah masuk ke atas kediaman mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI