fbpx

Pendakwaan akan rayu kes Syed Saddiq di Mahkamah Persekutuan – Azam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya di sini, hari ini.

PUTRAJAYA- Pihak pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai keputusan itu pagi ini.

“Ya, timbalan pendakwa raya telah memaklumkan kepada saya, kalau sekiranya dibuat keputusan lain, rayuan kepada Mahkamah Persekutuan akan dibuat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau kecewa dengan keputusan dibuat Mahkamah Rayuan itu, Azam berkata, beliau memaklumkan tidak mempunyai perasaan bersifat peribadi terhadap mana-mana pihak yang bersabit dengan kes di mahkamah.

“Saya tidak ada personal (hubungan peribadi) dengan sesiapa. Saya tidak ada rasa kecewa atau suka dalam menyiasat apa-apa kes sekali pun,” katanya.

Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan atas pelbagai kesalahan berkaitan penyelewengan dana Armada.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim telah memutuskan secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan oleh Syed Saddiq. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI