fbpx

Pemuda maut tersepit bawah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan tersebut.

KLANG – Seorang pemuda maut tersepit dibawah kereta selepas kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik di Taman Chi Liung, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.17 pagi.

Katanya, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza telah terbabas dan terbalik.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 20-an tersepit di bawah kereta,” katanya hari ini.

Beliau memaklumkan, kerja-kerja mengeluarkan mangsa kemudian dilakukan dengan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI