fbpx

STPM: Pelajar autistik rajin solat tahajud peroleh keputusan 4.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alam Haikal (kiri) bersama ibunya semasa menerima keputusan STPM 2024 di SMK Machang, Machang hari ini.

MACHANG – Seorang pelajar autistik yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 menjadikan amalan harian dengan melakukan solat tahajud dan membaca al-Quran sebagai usaha tambahan untuk meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

Alam Haikal Jansari Anuar, 20, berkata, dia sentiasa sentiasa istiqamah dalam melaksanakan amalan itu selain memberi tumpuan di dalam kelas dan proses mengulang kaji pelajaran.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang itu, dia mengulangi kaji setiap mata pelajaran selama enam jam yang dibahagikan kepada dua sesi.

“Sesi pertama bermula pukul 3 pagi hingga 6 pagi seterusnya pada pukul 4 petang hingga 7 malam.

“Saya akan memberi fokus yang penuh kepada setiap mata pelajaran tidak kira semasa berada di dalam kelas atau semasa proses mengulang kaji,” katanya ketika ditemui pemberita di SMK Machang di sini hari ini.

Alam Haikal memberitahu, dia terkejut memperoleh keputusan 4.0 dan tidak pernah menjadikan kekurangan pada diri sebagai halangan untuk berjaya sebaliknya terus bersemangat untuk cemerlang seperti pelajar l lain.

Menurutnya, ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan banyak memberikan sokongan sehingga dia mendapat keputusan cemerlang.

“Saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru dan mahu mengubah nasib keluarga seterusnya membalas jasa kedua ibu bapa,” ujarnya.

Sementara itu, ibunya, Norlaila Ismail, 54, berkata, Alam Haikal menjadi anak pertama dalam keluarganya yang akan menyambung pengajian ke menara gading.

“Sebagai ibu, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Alam Haikal. Saya membesarkan tiga anak orang kurang upaya termasuk Alam Haikal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI