fbpx

Bapa marah anak, letak dalam tong sampah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kanak-kanak itu berdiri sambil menangis ketika dimarahi bapanya kelmarin. - Instagram

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura mengundang perhatian orang ramai apabila meletakkan anaknya di dalam tong kitar semula sebagai hukuman kerana nakal, lapor portal berita Must Share News semalam.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @thesgdaily memaparkan lelaki terbabit meletakkan anaknya di dalam tong kitar semula berwarna biru di luar apartmen mereka.

Kanak-kanak itu menangis ketika dimarahi dan dihukum oleh bapanya yang tegas. 

Masih belum jelas apa yang menyebabkan kanak-kanak itu dihukum. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 720,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai. 

“Gaya keibubapaan yang baik,” kata seorang netizen. 

“Kanak-kanak perlu diberi peluang kedua dan bukan diletakkan di dalam tong sampah!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI