PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofea menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-83 Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Ucapan berkenaan dizahirkan Sultan Ibrahim menerusi poster di muat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
“Semoga Allah SWT merahmati Baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia Baginda,” menurut poster itu.
Sultan Sallehuddin, Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang diadakan di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, Kedah. – KOSMO! ONLINE