fbpx

MotoGP: Quartararo tetap turun beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO mengalami kecederaan bahu terseliuh, namun kekal meneruskan saingan dan bakal turun pada perlumbaan sebenar malam ini. - FB MONSTER ENERGY YAMAHA

MUGELLO – Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo tetap meneruskan saingan pada Grand Prix Itali di Litar Mugello malam ini biarpun mengalami kecederaan bahu kiri selepas terjatuh pada sesi latihan bebas kelmarin.

Pelumba Perancis itu gagal mengawal jenteranya pada selekoh keempat sebelum terjatuh dan kelihatan menahan kesakitan sambil menunjuk ke arah bahunya sebaik bangun dari kawasan tepi litar.

Seorang pegawai perubatan segera memberikan bantuan awal dengan menekan bahu Quartararo sebelum juara dunia 2021 itu dibawa keluar menaiki skuter untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut pegawai perubatan, Dr Angel Charte, Quartararo mengalami terseliuh (partial dislocation) pada bahagian bahu kiri yang menyebabkan dia meminta bantuan segera di tepi litar.

Bagaimanapun, pelumba Perancis itu kembali ke litar kurang 15 minit kemudian dan berjaya mencatat masa keenam terpantas ketika sesi masih berlangsung.

Dia turut menolak pek ais yang ditawarkan kru pasukan selepas sesi tamat, biarpun jelas masih dalam kesakitan.

Quartararo menamatkan sesi dengan catatan kelima terpantas sekali gus layak ke pusingan kelayakan kedua (Q2) secara automatik.

Rakan senegaranya dari pasukan Pramac Yamaha, Jack Miller turut mengalami kemalangan di selekoh terakhir tidak lama selepas insiden Quartararo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI