fbpx
Salleh menunjukkan unit rumah terbengkalai yang menjadi pemandangan laluan masuk utama penduduk di Rumah Rakyat Lubuk China, Rembau semalam.

‘Ini rumah kah hutan?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Penduduk di Rumah Rakyat Lubuk China, di sini, berasa kesal apabila setiap hari terpaksa melihat sebuah projek perumahan yang sudah berubah menjadi ‘hutan.

Salah seorang penduduk, Salleh Mohd. Nor, 45, berkata, dia juga bimbang kawasan berkenaan menjadi tempat pembiakan haiwan berbisa dan ada kalanya terdapat babi hutan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dia mula menyewa di rumah rakyat berkenaan sejak 15 tahun lalu dan setiap pagi dia terpaksa melihat keadaan lebih 100 unit rumah terbengkalai berkenaan yang sudah pun dipenuhi pokok-pokok.

“Rumah saya dengan lokasi ni kurang 100 meter. Lama dah terbiar, lebih 20 tahun dah kediaman ni terbiar, saya dengar-dengar pembelinya sudah dapat ganti rugi kerana kediaman ini tak diteruskan pembinaannya, namun, binaan rumah terbiar ni masih ada dan sudah pun menjadi “hutan”.

“Bagi saya jika dibersihkan dan dibangunkan dengan projek perumahan baharu lebih mesra rakyat harganya, projek perumahan ini pasti akan laku kerana masih ramai di sini yang belum memiliki rumah,” katanya ketika ditemui di Rumah Rakyat Lubuk China, di sini semalam..

Bagi seorang lagi penduduk, Azuan Zainal, 40, sewajarnya kawasan berkenaan dibersihkan kerana dia bimbang jika terdapat aktiviti kurang “baik” di situ seperti penagihan dadah.

Menurutnya, sekiranya di­bersihkan, penduduk akan lebih mudah untuk melihat individu keluar masuk dan lokasi itu juga tidak berpotensi menjadi tempat pembiakan haiwan berbisa.

“Kita pun jadi tertanya-tanya apa status tempat ni, dah berpuluh tahun, sekarang dah jadi hutan. Jika boleh bersihkan atau runtuhkan atau majukan dengan projek lain,” katanya.

Difahamkan, lokasi projek perumahan terbengkalai itu menawarkan 95 unit rumah teres kos sederhana rendah dan 60 unit rumah teres kos rendah di Desa Indah, Lubuk Cina dan sepatutnya siap pada November 2005 iaitu lebih 20 tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN