GELAGAT Rozita Che Wan atau Che Ta dengan anaknya, Aaisyah Dhia Rana memang menghiburkan.
Terbaharu, Che Ta menasihati Aaisyah agar rajin belajar memasak demi kesenangan masa depan.
“Musim cuti sekolah inilah Aaisyah kena belajar memasak walaupun terkemut-kemut (perlahan).
“Belajar tinggi mana pun, tetap perlu masuk dapur. Manalah tahu jadi isteri Perdana Menteri, kalau suami lapar dan minta makanan tengah malam, takkan nak terkemut-kemut minta tolong mak?
“Lagi satu, suami kalau kaya macam mana pun, perempuan perlu pandai juga cari duit,” katanya panjang lebar.