fbpx

Stor kumpul buah sawit jadi tempat seleweng gas LPG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LILIS SASLINDA melihat Tong LPG yang berjaya dirampas di sebuah stor menyimpan kelapa sawit di Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam di Machap hari ini.

KLUANG – Berselindung di sebalik stor pengumpulan buah kelapa sawit, kegiatan dua individu menyeleweng gas petroleum cecair (LPG) terbongkar selepas diserbu pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) malam semalam.

Hasil daripada kejayaan itu, sejumlah 1,176 tong LPG berkapasiti 14 kilogram dan sebuah lori tangki dengan muatan 4,000 kilogram LPG berjaya dirampas dan ditahan dengan nilai keseluruhan anggaran RM200,000

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, kejayaan itu hasil daripada risikan selama seminggu anggota pasukannya selepas meragui aktiviti di kawasan itu.

Katanya, serbuan pukul 8 malam pada Rabu lalu juga berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 30 tahun.

“Siasatan akan dilakukan merangkumi keseluruhan rantaian kegiatan ini bermula daripada punca tong LPG 14 kilogram ini diperolehi sehingga lokasi terakhir ia akan dihantar,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan hasil rampasan di sebuah stor menyimpan kelapa sawit di Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam di Machap hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI