fbpx

Semua rakyat Malaysia di Iran selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra.

PETALING JAYA – Wisma Putra menjelaskan, semua rakyat Malaysia di Iran yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran dilaporkan selamat.

“Kementerian ingin meyakinkan orang ramai bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara kekal menjadi keutamaan kami,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran terus memantau rapat situasi semasa dan bersedia memberikan bantuan konsular yang diperlukan.

“Kami kekal berkoordinasi secara rapat dengan semua agensi berkaitan, sama ada di dalam atau luar negara bagi memastikan sokongan sewajarnya diberikan kepada rakyat Malaysia di Iran, termasuk memudahkan urusan kepulangan mereka sekiranya perlu.

“Susulan peningkatan risiko, kementerian sudah mengaktifkan Bilik Gerakan berkuat kuasa 17 Jun (Selasa),” tambahnya.

Ahli keluarga terdekat rakyat Malaysia di Iran boleh menghubungi kementerian untuk mendapatkan maklumat dan bantuan di talian +603 8887 4570 atau e-mel: [email protected]. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI