fbpx
Tangkap layar menunjukkan kerja-kerja penurapan semula di JRTB Gerik-Jeli dijalankan oleh JKR.

[VIDEO] ‘Boleh selesai satu hari rupanya mendapan di Gerik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan pantas Jabatan Kerja Raya (JKR) membaik pulih mendapan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli meraih perhatian ramai.

Perkongsian pengguna media sosial dikenali sebagai Fazel mengenai kerja-kerja penurapan sedang giat dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan susulan beberapa insiden kemalangan termasuk tragedi yang meragut 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta lori yang menyebabkan anak gajah terkorban di laluan sama baru-baru ini.

“Aduan rakyat berhubung jalan mendap di JRTB mendapat perhatian JKR. Terima kasih pihak JKR,” katanya di ruangan kapsyen.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna berpuas hati dengan langkah segera yang diambil pihak berkaitan, namun tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa kecewa kerana tindakan hanya diambil selepas insiden tragis berlaku.

“Selepas ada kematian ramai baru nak buat. Sebelum ini semua orang complaint (mengadu) tidak dihiraukan,” kata Wan274.

“Begini rupanya cara mereka bekerja. Hanya bekerja dengan pantas apabila ada insiden besar berlaku. Walhal, JKR ini terdiri daripada golongan profesional untuk memantau dan menyelenggara infrastruktur,” kata Maczu.

“Sudah lebih setahun jalan macam itu. Akhirnya diturap juga. Rasanya kalau tidak berlaku kemalangan, jalan itu belum dibaiki lagi,” balas Weedaad.

Dalam pada itu, orang ramai turut berterima kasih aterhadap respons segera yang diambil pihak berkuasa, sekali gus memberi kelegaan kepada pengguna jalan raya.

“Alhamdulillah, ada perubahan setelah komen dan aduan daripada rakyat,” ujar Suhaimi Wagimin.

“Terima kasih pihak kerajaan dan JKR kerana mendengar suara rakyat. Harap semuanya dipermudahkan,” kata Zul. -KOSMO! ONLINE

@fabiaaz91Aduan rakyat berhubung jalan mendap di JRTB telah mendapat perhatian JKR. TERIMA KASIH.♬ original sound – Fazel

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI