fbpx

Hujan lebat di enam negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat berserta angin kencang di enam negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah.

“Cuaca buruk dijangka berlaku di Perak iaitu di kawasan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Muallim manakala di Pahang, membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

Kawasan yang terlibat di negeri Selangor adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta di Negeri Sembilan pula hanya kawasan Jelebu yang dijangka terjejas,” katanya menerusi kenyataan itu.

Hujan lebat turut dijangka melanda negeri Johor di beberapa tempat seperti Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di negeri Sabah pula terdapat kawasan yang dijangka melanda cuaca buruk adalah Pedalaman (Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI