fbpx

[VIDEO] ‘Habis bersemut kubur atuk kau dik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang budak perempuan menyiram kubur datuknya menggunakan botol berisi minuman manis yang kelihatan seperti air kopi susu.

PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak menyiram kubur datuknya menggunakan botol air minuman manis mencuri perhatian ramai apabila air yang digunakan kelihatan seakan-akan air kopi susu.

Menerusi satu hantaran di TikTok oleh pengguna @Izd.nara, kanak-kanak tersebut dilihat membawa sebotol air berwarna coklat dan menyiramkannya di atas pusara datuknya.

“Jangan risau mak cik-mak cik sekalian, anak saya sendiri yang bawa air ni dari rumah. Ini bukan air kopi tetapi air khas untuk siram kubur,” tulis pemilik akaun tersebut di ruangan kapsyen.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai netizen terhibur dengan gelagat spontan si kecil itu.

“Mungkin cucu dah tahu atuk bosan asyik air jarang je,” komen @Nhlawr.

“Habis bersemut lah dik kubur atuk kau,” kata @Danish.

“Allahu anak… mengekek mak cik tengok awak anak… sabar jelah,” ujar @Shabaharin.

Setakat ini, hantaran tersebut telah meraih lebih 10,600 tanda suka, 50 komen dan 13,300 perkongsian. – KOSMO! ONLINE.

@izd.nara: Jangan risau acikk2 sekalian🥰anak sy sendiri yg bawa air ni dari rumah btw bukan air nescafe tp air khas utk mnyiram di kuburan 🥰sorry if post sy tidak mneyenangkan mana mana pihak ☺️sy simpan sini sebagai kenangan🥰sbb anak sy rapat dengan arwah bapa sy❤️

♬ original sound – MKM14

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI