fbpx

Kompleks latihan, pejabat UTK siap 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sri Kumar beramah mesra bersama pegawai pada Majlis Penganugerahan Beret dan Penutupan Kursus Asas Kawalan Rapat Keselamatan Siri 1/2025 di Bukit Aman, hari ini.

KUALA LUMPUR – Projek pembinaan kompleks latihan dan pejabat baharu Unit Tindak Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Semenyih, Selangor kini telah mencapai tahap siap 70 peratus.

Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Jabatan KDNKA Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis MV Sri Kumar berkata, pembinaan kompleks berkenaan berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun depan.

“Ini merupakan satu era baharu bagi UTK kerana selama ini kita hanya menumpang tempat latihan pasukan lain. Bila kompleks ini siap, semua latihan seperti menembak, menyelam, turun tali, letupan dan lain-lain akan dibuat di fasiliti milik sendiri.

“Sekarang kita sudah capai kira-kira 70 peratus siap. Apabila kompleks ini beroperasi nanti, saya percaya UTK akan menjadi lebih cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penganugerahan Beret dan Penutupan Kursus Asas Kawalan Rapat Keselamatan Siri 1/2025 di Bukit Aman, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, projek pembangunan fasiliti berkenaan di atas tanah seluas 10.11 hektar dengan kos berjumlah RM157 juta.

UTK yang ditubuhkan sejak 1 Januari 1975 sebelum ini hanya beroperasi di dua blok di Bukit Aman dan menjalani latihan menggunakan fasiliti pinjaman pelbagai agensi keselamatan lain.

Dalam majlis berkenaan, seramai 36 peserta termasuk tujuh pegawai diraikan selepas berjaya menamatkan kursus asas UTK. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI