fbpx
Sukarelawan UPSI menurunkan barangan peribadi mangsa nahas persiaran di pekarangan Masjid Hadhari, Jerteh, Besut hari ini.

Nahas UPSI: Barangan peribadi mangsa selamat tiba di Jerteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Suasana sayu menyelubungi selepas konvoi membawa barangan peribadi 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban selamat tiba di pekarangan Masjid Hadhari, Jerteh di sini sebentar tadi.

Konvoi melibatkan 11 sukarelawan terditi kakitangan dan pelajar UPSI yang diketuai Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) universiti itu, Prof. Dr. Mohd. Azlan Nafiah tiba di pekarangan masjid tersebut pada pukul 10.15 pagi.

Mohd. Azlan berkata, ruang legar Masjid Hadhari menjadi pusat pengumpulan barangan peribadi mangsa-masing sebelum diambil pulang keluarga masing-masing.

“Kesemua barangan peribadi mangsa yang terdapat di bilik kolej kediaman mereka.

“Selain pakaian dan barangan peribadi, kita turut membawa motosikal milik Fakrul Arif Rosdi; Muhammad Mustaqim Rosde; Ainul Qistina Mat Ali dan Mohd. Aqil Taqiuddin Mohd. Sufian,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Hadhari, Jertih di sini hari ini.

Mohd. Azlan berkata, sekiranya keluarga mangsa terlibat mempunyai untuk mengambil sendiri barangan tersebut disebabkan kekangan seperti tiada kenderaan, mereka bersedia menghantar terus ke rumah mereka.

“Ini tanggungjawab sosial UPSI untuk memudahkan urusan keluarga pelajar kami yang disayangi,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan 15 pelajar UPSI muat manakala 27 cedera setelah baa sewaan khas dinaiki mereka dalam perjalanan ke kampus universiti itu di Tanjung Malim, Perak terlibat dalam kemalangan di Tasik Banding, Gerik, Perak pada Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI