fbpx

‘Sampai tahap begitu..’ – Amerul Affendi nak jadi hero romantis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masih belum kesampaian, Amerul tetap memasang impian untuk berlakon watak hero romantis suatu hari nanti.

KUALA LUMPUR – Pelakon Amerul Affendi melahirkan hasrat untuk memegang watak romantis yang tidak pernah dijayakan sepanjang dua dekad bergelar anak seni.

Menurut pemilik nama penuh Mohd. Amerul Affendi Mohd. Mawardi, 38, itu, peluang untuk memegang karakter sebegitu tidak pernah diterimanya namun menganggapnya sebagai cabaran yang perlu dilakukan untuk menguji kemampuan sebagai pelakon.

“Setakat ini, dalam dunia lakonan saya, masih belum dapat lagi karakter bercinta.

“Memang tiada (tawaran) langsung setakat ini. Kebanyakan naskhah saya berlakon banyak mengangkat isu kekeluargaan, pengorbanan dan hal lain.

“Bila tak pernah dapat, saya anggap itu antara cabaran sebagai pelakon. Nak cabar kemampuan diri berlakon filem atau drama cinta,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis tayangan gala filem Martabat Misi Berdarah di sini, semalam.

Enggan meletakkan sebarang harapan tinggi, bintang filem 6 Jilake itu juga tidak kisah untuk digandingkan dengan mana-mana pelakon wanita sebagai heroin sekiranya diberikan tawaran untuk filem bergenre cinta.

“Macam saya cakap sebelum ini, hantu pun saya okey.

“Sedihkan dengar? Sudah sampai tahap begitu,” selorohnya.

Sebelum ini, Amerul dalam satu temu bual memgamui mengimpikan untuk berlakon dalam naskhah bergenre romantis.

Dalam perkembangan lain, Amerul juga merupakan salah seorang pelakon dalam filem Martabat Misi Berdarah arahan Zahiril Adzim dan Adrian Teh.

Naskhah tersebut yang akan mula ditayangkan 12 Jun iaitu esok turut dibintangi Fad Bocey, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi dan Elvina Chua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI