fbpx
Nurul Izyanti antara 15 pelajar UPSI yang terlibat kemalangan maut di JRTB, Gerik semalam. - Foto oleh FADZIL ZAINOL

Nahas UPSI: ‘Nak lalu Jalan Gerik pun takut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tragedi kemalangan bas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak semalam bukan sahaja mengundang sayu, malah trauma dalam kalangan ahli keluarga mangsa.

Kakak Allahyarham Nurul Izyanti Muhamad Azahar, Nurul Munirah, 32, mengakui ahli keluarganya masih terkesan dengan nahas ngeri tersebut selain bimbang untuk menaiki bas.

“Secara jujurnya, kejadian (kemalangan) ini meninggalkan kesan mendalam. Tengok jalan Gerik pun sudah cukup membuatkan kami trauma,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Menurut Nurul Munirah, laluan JRTB yang menghubungkan Pantai Timur dan utara tanah air menjadi sering menjadi pilihan keluarganya untuk ke Perak..

“Kami biasa guna jalan itu kalau nak ke UPSI atau ke utara. Sekarang nak lalu pun dah rasa takut, apatah lagi naik bas,” katanya.

Allahyarham Nurul Izyanti yang juga pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI merupakan antara 15 mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut.

Mengulas lanjut, Nurul Munirah memberitahu, keluarganya tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu bas terbabit.

“Kami reda. Setakat ini tiada perancangan untuk ambil tindakan undang-undang. Kami anggap (kemalangan) ini sebagai ujian dan ketentuan Allah,” katanya.

Jenazah Nurul Izyanti selamat dikebumikan di kampung halamannya di Besut, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI