fbpx
YAHYA dan Nor Aini ketika ditemui di Abraj Al Janadriyah, Mekah semalam.

Sanggup jual rumah sambut seruan haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEKAH – “Esok takut Allah SWT tanya kenapa tidak pergi (haji), kita ada semua (harta) tetapi tidak pergi. Takutlah, Allah SWT tanya, kita tiada peguam bela di sana. Itulah sanggup jual rumah.”

Demikian ujar peniaga martabak ‘megi’ tular, Yahya Che An, 71, mengenai keputusannya menjual sebuah rumah pada harga RM100,000 untuk menunaikan haji tahun ini.

Yahya berkata, dia bersyukur apabila dapat menyelesaikan nafar thani biarpun usianya agak lanjut selain mempunyai sedikit isu kesihatan serta ke­sakitan di bahagian lutut.

“Saya jual rumah untuk tunai haji. Rumah ada dua, saya jual sebuah kepada anak dengan harga RM100,000 bahagi dua dengan isteri, Nor Aini Abdullah, 66. Beritahu isteri kita sudah tiada apa-apa dalam dunia.

“Kita buat amal ibadat rukun Islam yang kelima. Duit titik peluh beli rumah, sedih nak tinggal tetapi saya sudah dapat rukun Islam kelima, syukur sa­ngat-sangat dah,” katanya dalam nada sebak.

Beliau berkata, dugaan pa­ling mencabar adalah ketika berada di Mina apabila terpaksa beratur panjang untuk menggunakan tandas dengan keadaan kesihatan diri serta faktor usia.

“Bagi ibadah melontar saya minta anak buah tolong. Saya dinasihatkan jangan pergi ke­rana cuaca panas mencecah 42 darjah Celsius.

“Alhamdulillah, tak boleh kata apa-apa. Rasa sedih nak tinggalkan Mekah, sedih sangat. Kami berdua sudah bersyukur Allah jaga kami baik-baik. Tak dapat bayangkan. Ini kali terakhir kot (menunaikan haji), dengan umur saya ini,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini dia menyimpan dahulu hasrat menunaikan haji bagi memberi tumpuan membesarkan enam zuriat, namun kini semua anak-anaknya sudah berjaya ke menara gading.

“Mereka ada yang sudah be­kerja, buat PhD (Doktor Falsafah) semua baik-baik. Dahulu sebelum menjual martabak ‘megi’ saya bekerja sebagai pemandu lori.

“Selepas dapat wang persaraan saya berniaga martabak dengan kereta Perodua Kancil di Batang Kali sejak 2009. Cuma sekarang sudah tidak larat be­kerja dan hanya buat video sikit-sikit,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN