PETALING JAYA – Sekumpulan remaja lelaki menarik perhatian netizen apabila berkongsi momen percutian mereka ke Cameron Highlands menunggang motosikal sambil mengenakan baju bercorak buah strawberi.
Menerusi video berdurasi 39 saat yang dimuat naik pengguna Tiktok @mhd.zul___ memaparkan suasana ceria dan keterujaan mereka membeli-belah di sebuah kedai sambil menggayakan baju berwarna merah jambu itu.
Video itu mengundang reaksi positif daripada orang ramai yang terhibur dengan gelagat dengan kumpulan tersebut.
“Tidak kisah lah adik mahu pakai baju pokok kaktus pun, kakak terhibur tengok. Apa-apa pun hati-hati bawa motosikal,” @missyanie.
“Ya Allah kamu semua sahabat macam inilah yang dicari. Tersenyum saya tengok gelagat kau orang ini ada satu memori yang indah buat kamu nanti,” luah @margiena_07.
Orang ramai juga menitipkan nasihat kepada sekumpulan remaja lelaki berkenaan untuk menikmati zaman remaja dan momen bersama rakan sepuas-puasnya.
“Buat memori seronok dengan sahabat sekarang. Nanti sudah kahwin, sunyi dah. Nikmatilah masa-masa seperti ini,” kata @b1vkcat
“Menyala! Bergembira ya adik waktu macam ini kerana masa itu tidak dapat diputarkan balik,” ujar @mulianileeya.
“Nikmati dunia muda kamu sepuasnya sebelum kamu berjumpa jodoh yang ditetapkan olehnya. Ketika itulah kamu mula menjadi orang kuat untuk keluarga,” kata @anakmaznah_.
Setakat ini, hantaran tersebut telah meraih lebih 916,000 jumlah tontonan. – KOSMO! ONLINE.