fbpx

2 remaja menari depan rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua remaja lelaki itu melakukan tarian TikTok ketika berlaku kebakaran. - Instagram

JAKARTA – Dua remaja lelaki menerima kecaman orang ramai selepas merakam diri mereka berjoget ketika berlaku kebakaran di sebuah kejiranan di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @bandung_hari ini memaparkan beberapa buah rumah dijilat api dengan asap tebal menyelubungi ruang udara. 

Ketika anggota-anggota  bomba bergelut memadamkan api, dua remaja terbabit melakukan tarian popular TikTok.

Rakaman itu mencatatkan lebih 31,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Orang tengah berduka, sibuk hendak menari,” kata seorang netizen. 

“Gen Z tak ada otak,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI