fbpx

Tempuh perjalanan 12 jam dari Terengganu ke KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaaan aliran trafik terkini di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak (KLK).

PETALING JAYA – Seorang wanita menempuh perjalanan mencabar selama 12 jam disebabkan kesesakan teruk dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur pada musim cuti Aidiladha.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Zana berkata, dia bertolak pada pukul 10 malam tadi dan hanya tiba di rumahnya di Shah Alam, Selangor pada pukul 10 pagi ini.

Katanya, kesesakan bermula lebih 20km (kilometer) sebelum memasuki Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), manakala sebelum Tol Karak pula, aliran trafik sudah perlahan sejauh 5km.

“Ramai pemandu berhenti di tepi jalan untuk tidur. Di stesen minyak KLK, saya terpaksa beratur hampir sejam untuk ke tandas,” katanya.

Zana berkata, jumlah kenderaan yang terlalu banyak menyumbang kepada kesesakan itu, ditambah pula banyak kenderaan berat di jalan dua laluan menyukarkan kereta memotong.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati rata-rata pengguna jalan raya yang pulang ke destinasi masing-masing turut berkongsi pengalaman berdepan kesesakan.

“Saya bertolak dari kampung di Pasir Mas, Kelantan pada pukul 10 pagi dan tiba di Ampang pukul 1 pagi. Dahsyat sungguh,” katanya CahayaAmmar.

“Saya dan keluarga bertolak pukul 7 malam dari Temerloh, Pahang. Sampai rumah di Kuala Lumpur pada pukul 5 pagi,” kongsi Nasyahirarosli.

Kebanyakan pegguna berkongsi pengalaman memandu yang sangat memenatkan dan berharap ada penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan kesesakan terutama pada musim perayaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI