fbpx

Nahas UPSI: ‘Kami ingat ada gajah, rupanya bas terbalik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
[3:46 pm, 09/06/2025] +60 13-527 7497: 'Kami ingat ada gajah, rupanya bas terbalik' Oleh AMIR HAIKAL KAMARUDIN PETALING JAYA - Seorang netizen berkongsi pengalaman kenderaan dinaikinya berselisih dengan bas yang terlibat kemalangan membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Jeli-Gerik awal pagi tadi. Menurutnya, bas yang dinaikinya berhenti untuk membenarkan penumpang membuang air kecil. “Bas kami berhenti sebab ramai nak kencing,” katanya. Menerusi komen @Aqim Mmt dalam sebuah hantaran di platform Facebook milik @Mohd. Fadi Salleh, banyak kereta telah memberikan lampu tinggi kepada bas yang dinaikinya untuk memberi amaran terhadap kemalangan yang telah berlaku. “Masa mendaki tu, banyak lori dan kereta bagi lampu tinggi, kami ingat gajah, sekali tengok bas dah terbalik,” komennya. Dia menambah, ada sebuah kereta yang telah terhumban ke longkang dan di dalamnya ada seorang bayi. “Kereta lagi sebiji dah masuk dalam longkang, ada ‘baby’ lagi dalam kereta tu,” ujarnya. Komen tersebut mendapat beberapa balasan daripada netizen. “Kalau laju menjadi punca kejadian, mohon hukuman paling keras oleh pihak berwajib,” kata @Encik “Anak buah ada dalam bas tu, ‘family’ dah gerak ke sana,” ujar @Putera Syakir “Alhamdulillah Tuhan gerakkan hati penumpang nak ‘stop’ ‘toilet’,” komen @Puteri Nurr - KOSMO! ONLINE. [3:46 pm, 09/06/2025] +60 13-527 7497: https://www.facebook.com/share/p/16Q127SHM7/?mibextid=wwXIfr [3:46 pm, 09/06/2025] +60 13-527 7497: Tangkap layar menunjukkan komen netizen yang sempat berselisih dengan bas sebelum ia mengalami kemalangan.

PETALING JAYA – Seorang netizen berkongsi pengalaman apabila kenderaan dinaikinya berselisih dengan bas yang terlibat kemalangan membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Jeli-Gerik awal pagi tadi.

Menurutnya, bas yang dinaikinya berhenti di satu lokasi untuk membenarkan penumpang membuang air kecil.

“Bas kami berhenti sebab ramai nak kencing,” katanya.

Menerusi komen @Aqim Mmt dalam satu hantaran di Facebook @Mohd. Fadi Salleh, dia memaklumkan banyak kereta telah memberikan lampu tinggi kepada bas yang dinaikinya sebagai amaran kerana terdapat kemalangan dihadapan.

“Masa mendaki tu, banyak lori dan kereta bagi lampu tinggi, kami ingat gajah, sekali tengok bas dah terbalik,” komennya.

Dia menambah, ada sebuah kereta yang telah terhumban ke longkang dan di dalamnya ada seorang bayi.

“Kereta lagi sebiji dah masuk dalam longkang, ada ‘baby’ lagi dalam kereta tu,” ujarnya.

Komen tersebut mendapat beberapa balasan daripada netizen.

“Kalau laju menjadi punca kejadian, mohon hukuman paling keras oleh pihak berwajib,” kata @Encik

“Anak buah ada dalam bas tu, ‘family’ dah gerak ke sana,” ujar @Putera Syakir

“Alhamdulillah Tuhan gerakkan hati penumpang nak ‘stop’ ‘toilet’,” komen @Puteri Nurr – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI